Salam…
Berikut adalah beberapa gambar yg diambil semasa menghadiri Majlis Perasmian IKRAM di MIECC KL pada 20 Jun 2010 yang lepas. Rombongan dari Melaka telah disertai oleh sebuah bas (40 org) dan beberapa buah kereta yg memuatkan ahli keluarga masing masing (Aris, Cikgu Aziz dan lain lain)
Sungguhpun IKRAM nama baharu dalam dunia gerakan Islam di negara ini, ia bukanlah pertubuhan (NGO) yang baru hendak bertatih. IKRAM lahir hasil gabungan lima NGO yang selama ini bergerak berdasarkan pengkhususan masing-masing. NGO terbabit, Medical Interest Group Sdn Bhd (MIGSB), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH) dan Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS). Aqsa Syarif Berhad yang ditubuhkan Februari lalu menjadi NGO kelima yang bernaung di bawah IKRAM.
Setakat hari pelancarannya sahaja, IKRAM telah mempunyai 69 cawangan daerah dan 14 cawangan negeri di seluruh negara, manakala bilangan ahli-ahlinya sudah menjangkau 3500 orang. Jumlah ini dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Pelancaran IKRAM telah disempurnakan oleh Presidennya, Dr Mohd Parid Syeikh Ahmad.
Di hadapan lebih 5,000 orang yang terdiri daripada ahli, tetamu khas, petugas media serta para pemerhati dari dalam dan luar negara ia telah dirasmikan. Majlis bersejarah tersebut berlangsung di Malaysia International Exhibition and Convention Centre, Seri Kembangan dekat sini.
So, saksikan beberapa yg dapat menceritakan lebih lanjut isnyaallah.. .
Cikgu Rashid serta anak mudanya turut sama hadir…
Antara yg turut serta…
Antara barisan akhawat (manipal) yg sama sama hadir…
Lagi barisan akhawat… mereka duduk bersama, so bila tangkap gambar mudah le masuk semuanya…
Antara barisan ikhwah yg ada bersama…
Akhi Haidir dan group usrahnya… aksi diluar dewan.
Pandangan depan dari atas…
Bas dan banner alu aluan dari IKRAM melaka…
sekian laporan bergambar dari saya,
Zairi Suboh




































Recent Comments